comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM lancar sekatan jalan raya sebagai kesiapsiagaan Omnipresence

 

 

Oleh Azwaliza Azman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya di lokasi strategik di setiap daerah. di seluruh negara secara penugasan 24 jam, bermula semalam sehingga satu masa yang ditetapkan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan hari ini, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Halangan sekatan jalan raya berkenaan bagaimanapun tidak akan dilakukan pada waktu puncak atau siang hari, demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas..

Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan pihak PDRM ketika sekatan jalan raya berkenaan terutamanya di luar waktu puncak.

PDRM turut menyeru orang ramai untuk tidak berasa bimbang menjalankan aktiviti harian dan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.

Loading...
Terkini