comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM mula siasat Roger Ng berkaitan Skandal 1MDB – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“Insya-Allah, kami akan siasat (Ng) terlebih dahulu,” katanya ringkas, hari ini.

Semalam, PDRM mengesahkan Ng tiba di Malaysia bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun lokasi keberadaan lelaki itu tidak didedahkan atas faktor keselamatan.

Jumaat lepas, media melaporkan Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini