comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM Negeri Terengganu serah 15 kenderaan kepada JPN

Oleh Mohd Ishak Abdillah  

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Terengganu menghadiahkan 15 buah kenderaan terpakai kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu untuk diagihkan kepada tujuh buah sekolah yang menjalankan program kejuruteraan automotif di negeri itu.

15 kenderaan itu membabitkan 11 buah motosikal dan empat buah kereta terpakai yang dilucuthak oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata sumbangan itu diharapkan dapat membantu guru dan pelajar jurusan kejuruteraan automatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Nilai 15 buah kenderaan yang diberikan kepada JPN Terengganu itu dianggarkan RM100,000.

Menurutnya, kenderaan terbabit merupakan sebahagian daripada 62 kenderaan yang dirampas pihaknya pada tahun lalu bernilai RM2.8 juta ringgit.

Sebahagian besar kenderaan yang dirampas dan dilucuthak ini adalah milik penjenayah dan  pengedar dadah.

Baki kenderaan iaitu 34 motosikal dan 13 kereta akan dilupuskan melalui proses lelongan awam pada 22 Januari ini.

Siang tadi berlangsung Majlis Serah Terima Harta LucutHak JSJN Terenggganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, JPN Terengganu, Kasman Embong.

Antara sekolah terpilih yang akan menerima kereta terpakai itu ialah SMK Merchang, SMK Air Putih dan SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

Jelas Mazli, pada 2020, PDRM Terengganu turut menghadiahkan kenderaan lucuthak kepada JPN Terengganu sebanyak 19 buah kenderaan iaitu dua buah lori, empat motosikal dan 13 kereta bagi tujuan yang sama.

Loading...
Terkini