comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM optimis aset bekas peguam 1MDB dipulangkan

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia, (PDRM) yakin, aset dipercayai milik bekas peguam 1Malaysia Development Bhd 1MDB Jasmine Loo Ai Swan bernilai RM93.2 juta yang dikaitkan dengan dana 1MDB, akan dipulangkan kepada negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima respons baik daripada pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat, AS.

“Permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa negara-negara terlibat antaranya Singapura dan Amerika Syarikat,”  katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kapcai Ride Anti Scam JSJK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada Majlis Pelepasan Kapcai Ride Anti-Scam JSJK 2023 di Dewan Pengaman Pulapol Kuala Lumpur

Beliau berkata permohonan membawa pulang aset berkenaan juga datang daripada pihak Jasmine Loo sendiri.

Jasmine Loo, bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB telah ditahan pada 7 Julai lepas bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, Ramli berkata siasatan kes berkenaan masih di peringkat awal.

Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas PDRM bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai US$6.5 bilion dolar  dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan, DNAA, Roger Ng daripada empat pertuduhan itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini