comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM terima 220 laporan skim penipuan pelaburan Zuttelo

| Oleh Rusyaidi Hafiz Shahid

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian berjumlah lebih RM 84 Juta sejak Ogos lalu.

Dalam satu Kenyataan, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.

“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara AS$630 hingga AS$12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan,” ujar Datuk Noorsiah menerusi satu kenyataan harini.

Beliau berkata pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto.

Noorsiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan yang lebih terperinci dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa sindiket penipuan pelaburan tersebut sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lepas.

Loading...
Terkini