comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM ucap tahniah kepada Perdana Menteri ke-10

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM akan terus komited dalam memastikan tahap keselamatan di negara ini akan terus kekal terjamin.

“PDRM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“PDRM sebagai institusi keselamatan negara akan terus memberikan komitmen dalam memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam kekal terjamin di bawah pentadbiran Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani mengingatkan semua pihakuntuk menerima baik proses demokrasi tanpa perlu mewujudkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat sepanjang proses peralihan kepimpinan kerajaan berlangsung.

“Orang ramai diminta tidak menganjurkan sebarang perhimpunan atau perarakan berkaitan politik di tempat terbuka dalam masa terdekat, demi keselamatan dan ketenteraman awam.

“Pengguna dan pemilik akaun media sosial turut dinasihatkan untuk menjaga adab dan tingkah laku dalam mengeluarkan sebarang paparan yang boleh mencetuskan kegusaran pada masyarakat di negara ini,” katanya.

Tambah beliau, PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah yang dipertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang, demi kesejahteraan masyarakat serta negara.

Loading...
Terkini