comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM umum pertukaran 4 pegawai kanan berkuat kuasa 18 November

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 November depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan semalam memaklumkan, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Mohd Yusoff Mamat sebagai Ketua Polis Kelantan.

Beliau memangku jawatan dengan pangkat Komisioner Polis (CP) menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib 31 Ogos lepas.

Selain itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Bahagian Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman M.V. Sri Kumar Madhavan Nair menggantikan Mohd Yusoff dengan mermangku pangkat DCP.

Menurut Kamaruzaman, Pegawai Turus Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Selangor, Supt Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Dalam pada itu,  Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu, Supt Abdul Rozak Muhammad ditukarkan ke Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan memangku pangat ACP.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini