comscore
Tumpuan :
Nasional

Pegawai kastam tertembak diri sendiri, polis rakam keterangan 4 individu

GEORGE TOWN: Polis sudah merekod keterangan empat individu susulan kejadian seorang pegawai kastam Pulau Pinang yang dilapor tertembak diri sendiri dalam kejadian 11 Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad memaklumkan pihaknya juga telah mendapat keterangan mangsa pada Rabu lalu di wad Hospital Seberang Jaya, di sini.

“Dalam keterangan, mangsa telah mengesahkan sendiri bahawa pada hari kejadian mangsa telah meminta senjata pistol CZ milik seorang anggota untuk melihat dan mencuba senjata tersebut.

“Ini kerana mangsa ingin tahu bagaimana senjata jenis CZ berfungsi. Pada masa itu mangsa telah tertekan picu dan tertembak diri sendiri, ” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di hospital.

“Mangsa dalam keadaan stabil dan mampu berkomunikasi.

“Sehingga kini, seramai empat individu sudah diambil keterangan iaitu terdiri daripada saksi (pemilik senjata), mangsa, pegawai senjata dan anggota kastam,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini