comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Peguam Negara tidak perlu beri alasan kepada mana-mana pihak

PUTRAJAYA: Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa dan tidak meneruskan prosiding jenayah tanpa perlu memberi alasan kepada mana-mana pihak.Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menekankan bahawa pihaknya perlu dibenarkan untuk melaksanakan tugas dengan baik mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis sedia ada tanpa gangguan luar.

Katanya, semua pihak yang berkepentingan perlu memahami perkara itu dan menghormati hak Peguam Negara serta bertindak secara adil ke atas semua pihak.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh ketika hadir pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Putrajaya. FOTO: NSTP

“Peranan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya adalah tertakluk dan dilindungi di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan memula dan menghentikan pertuduhan jenayah adalah di bawah budi bicara Pendakwa Raya selepas meneliti semua bukti yang sudah dikemukakan pihak penyiasat dan mengambil kira keperluan undang-undang dan prosedur Kanun Jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sulungnya sebagai Peguam Negara di Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ahmad Terrirudin berkata pihaknya sedar mengenai bahaya penyalahgunaan dan manipulasi isu yang menyentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R).

Katanya, perkara itu mempunyai kecenderungan menganggu dan membahayakan keselamatan negara dan keharmonian rakyat.

“Oleh itu, saya tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan dan mengambil tindakan tegas mengikut bukti yang dikemukakan bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negara ini. Ia termasuk mengguna pakai Akta Hasutan 1949 dan sekiranya perlu undang-undang lain,” katanya.

Loading...
Terkini