comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekan Kajang dilanda banjir

Foto ihsan pembaca

KAJANG: Hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa lokasi di Pekan Kajang, di sini, dilanda banjir kilat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan antara lokasi yang dilanda banjir kilat adalah Jalan Raja Haroun dan Jalan Sri Jelok menghala ke Penjara Kajang.

Terdapat beberapa kenderaan dikatakan terkandas akibat banjir kilat di lokasi-lokasi berkenaan dengan hujan lebat masih melanda kawasan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini