comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja kimpalan paip maut tertimbus runtuhan tanah 

Pekerja kimpalan paip maut tertimbus runtuhan tanah di sebuah tapak projek di Jalan Renggam-Bukit Benut di Kluang Johor pada 3.34 petang tadi. Foto Ihsan Bomba

KLUANG: Pekerja kimpalan paip maut tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah tapak projek di Jalan Renggam-Bukit Benut di sini pada 3.34 petang tadi.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Nizar Mamun dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam berkata, mangsa dikenali sebagai Rostam Amiruddin Hassan, 59 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan menyelamat mangsa dan sebuah jentera FRT dari BBP Renggam dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota dihantar ke tempat kejadian.

Ketika kejadian mangsa dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan paip bawah tanah pada kedalaman lebih kurang tiga meter di tepi jalan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan sebuah jentolak namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 5.26 petang tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini