comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja pembersihan maut dihempap pokok tumbang

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pembersihan maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Musri Matali, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi.

Seramai 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus digerakkan ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati dihempap pokok tumbang ketika melakukan kerja-kerja memotong rumput.

“Pasukan operasi bertindak memotong dahan-dahan pokok yang menghempap mangsa menggunakan gergaji berantai sebelum mengeluarkan lelaki terbabit,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini