comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pekerja restoran alih pokok tumbang terima pujian

Tangkap layar Tiktok tular

KUALA LUMPUR: Tindakan mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan, sekumpulan pekerja sebuah restoran nasi kandar di Bangsar terima pujian warganet.

Perkongsian video berdurasi 24 saat di TikTok oleh pengguna @salim.hanafiah, memaparkan empat individu yang mengenakan pakaian serta apron restoran mengalihkan dua pokok tumbang.

Malah pekerja berkenaan juga tidak sedikit pun menghiraukan keselamatan atau kesihatan mereka dan terus mengalih pokok tumbang itu ketika hujan lebat.

Rata -rata pengguna media sosial berterima kasih kepada pekerja berkenaan.Ini kerana mereka sanggup mengambil risiko untuk berbuat demikian demi kelancaran pengguna jalan raya.

Tangkap layar Tiktok tular

Malah, bagi seorang lagi pengguna media sosial turut memberi penghormatan kepada pekerja restoran itu sambil menyifatkan walaupun kebanyakan orang terlepas pandang dengan kehadiran pekerja berkenaan, namun mereka masih mahu menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan.

Boleh dikatakan tindakan spontan yang dilakukan oleh pekerja berkenaan juga boleh dianggap sebagai satu kempen untuk mempromosikan restoran mereka apabila pengguna media sosial rata-rata mahu datang ke restoran berkenaan sebagai tanda berterima kasih kepada tindakan yang dilakukan.

Video yang dimuatnaik di TikTok itu kini mendapat lebih 200,000 tontonan dan 5,000 tanda suka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini