comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja restoran makanan segera maut, motosikal rempuh van

Oleh Baharudin Mohamed

MELAKA: Seorang pekerja restoran makanan segera maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah van sebelum terbabas di Jalan Air Molek/persimpangan Jalan Imam di Kandang di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Syafiq Amir Sahafuddin,19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari arah bulatan Air Molek menghala ke Kandang.

“Setibanya di persimpangan Jalan Imam, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah van yang sedang membelok ke kiri untuk menghala ke Kampung Solok Gaung.

“Mangsa telah melanggar bahagian kiri sisi van jenis Vanette yang dipandu seorang pesara tentera berusia 65 tahun yang dipercayai dalam perjalanan menghantar penumpang yang pulang daripada majlis perkahwinan di Bukit Rambai di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christopher, akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa telah terbabas menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kata beliau, dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Pemandu dan penumpang van terbabit ujarnya, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan tambahnya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987.

Loading...
Terkini