comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar, OKU boleh nikmati perkhidmatan tren percuma

 

KUALA LUMPUR: Inisiatif pas perjalanan ‘MyRailLife’ tanpa had secara percuma kepada pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU) dilancar Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif itu bagi meringankan beban perjalanan pengangkutan kepada pelajar sekolah dan OKU.

FOTO : NSTP

Katanya, pas tambang percuma ini boleh dinikmati oleh semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar sekolah Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam yang berumur tujuh tahun sehingga 19 tahun serta golongan OKU.

“Pelajar sekolah dan OKU boleh mula mendaftar MyRailLife melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB yang berhampiran.

Anthony juga berkata pas percuma itu boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran.

“Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.

“Bagi KTM Komuter sektor utara pula, ia terdiri daripada laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.

“Sementara itu, bagi perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran adalah sektor laluan Gemas-Tumpat-Gemas.-Berita Harian

Loading...
Terkini