comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar sekolah agama Johor diberi kelonggaran pakaian sukan susulan cuaca panas – Exco

Exco Hal-Ehwal Agama Johor Mohd Fared Mohd Khalid ketika meninjau sebuah sekolah agama negeri di Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI: Pelajar sekolah agama kerajaan Johor (SAKJ) dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah susulan cuaca panas sekarang.

Exco Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) juga diarah menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah bagi mengelak pelajar terdedah kepada risiko cuaca panas.

Katanya, PPID turut disarankan bekerjasama dengan klinik kesihatan berdekatan sekiranya terdapat sebarang komplikasi kesihatan dialami pelajar murid.

“Saya menasihatkan semua pelajar untuk minum air pada kuantiti yang sesuai ketika sahur dan berbuka puasa bagi mengelak komplikasi akibat cuaca panas ketika ini” katanya.

Susulan itu semua institusi pendidikan Islam di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dinasihatkan peka dengan perkembangan semasa dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan supaya implikasi cuaca panas yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini