comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar tidak duduki SPM boleh mohon GiatMARA

KUALA LUMPUR: Semua 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM 2023, boleh mohon GiatMARA di mana-mana 232 cawangan seluruh Malaysia.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) Majlis Amanah Rakyat (Mara) boleh bantu menawarkan latihan kemahiran sehingga ke peringkat tertinggi.

“GiatMARA juga telah mengenal-pasti bidang-bidang baharu yang diperlukan di pasaran termasuk bidang2 berteknologi tinggi seperti Artificial Intelligence, IOT, Robotik, Electrical Vehicle (EV), Renewable Energy Vehicle (REV) dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata program TVET MARA dijalankan dengan kerjasama rapat dengan pemain-pemain industri agar tenaga mahir yang dilatih di GiatMARA terjamin peluang pekerjaan insyaAllah.

“GiatMARA sedang membuat kajian secara holistik semua programnya agar berdaya maju dan mampu menyediakan tenaga mahir mengikut piawaian pasaran dan industri di peringkat antarabangsa.

“Setiap manusia dijadikan Allah punya kekuatan tersendiri. Yang kurang cemerlang dari segi akademik yang berorientasikan membaca dan peperiksaan bertulis, boleh cemerlang dalam bidang kemahiran seperti bidang TVET,” katanya.

Asyraf berkata langkah itu selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara untuk memastikan TVET menjanjikan gaji premium kepada anak muda dan menjadi pilihan utama kerjaya masa depan.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan mendedahkan sejumlah 10,160 daripada 383,685 calon baharu SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Beliau berkata pihaknya memandang serius jumlah itu dan ia perlu ditangani dan diteliti agar langkah intervensi dapat dilakukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini