Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar Tingkatan 1 antara yang disaman JPJ

 

KANGAR: Pernah disaman trafik 6 bulan yang lalu, namun seorang pelajar tingkatan satu masih tidak serik menunggang motosikal tanpa memiliki lesen.

Dia antara penunggang yang dikenakan tindakan dalam operasi khas motosikal yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, malam tadi.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berada di lokasi pemeriksaan JPJ

Ketika diperiksa, pelajar terbabit mendakwa dalam perjalanan ke rumah kawannya untuk membuat kerja sekolah.

Dia turut mengakui telah menunggang motosikal sendirian sejak tahun 5.

Remaja itu disaman di bawah Seksyen 39 kurungan satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala satu lagi saman dikeluarkan ke atas ibunya di bawah Seksyen 39 kurungan 5 akta sama, kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah yang turut berada di lokasi operasi berkata, sejak awal bulan ini, sejumlah 597 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

“Ada juga kes kes teknikal yang kita dah kesan macam contohnya nombor plat, yang itu biasa la, ada yang tayar tak ikut ukuran, tayar sotong tu kan… ada juga yang kesalahan ekzos, ni semua kesalahan kesalahan ubah suai la, dan juga ada kenderaan yang tak tahu la mungkin brek pakai niat so dia takda brek, dia bukak brek dia so dia mengubah sistem brek la…” katanya.

Sebanyak 28 buah motosikal turut disita dalam operasi berkenaan.

Loading...
Terkini