comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelaksanaan semula PLKN libat pelajar tingkatan 4 dan 5

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

Katanya, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

“Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Mengulas tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2, Mohamad berkata, ia hanya akan dijalankan selama 45 hari.

Mengulas lanjut ujarnya kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN ini yang mana tenaga pelatih membabitkan anggota tentera sendiri.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini