comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Pelan hala tuju ke arah sifar karbon NDC, LT-LEDS dimuktamadkan pada suku keempat tahun 2023

Oleh Faiz Rais

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan pelan hala tuju dan tindakan Nationally Determine Contribution (NDCs) dengan izin NDCs route map and action plan dan strategi rendah karbon jangka masa panjang Long Term And Low Emission Development Strategy (LT-LEDS) dibawah Rancangan Malaysia ke 12.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelan hala tuju dan tindakan NDCs akan memberi hala tuju dasar dan pelan tindakan sehingga tahun 2030 dan memastikan inisiatif perubahan iklim dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Di samping itu, LT-LEDS akan memberi strategi jangka panjang negara termasuk keutamaaan pembangunan wawasan serta hala tuju pembangunan yang akan datang.

“Apabila siapnya LT-LEDS ia akan membantu juga kerajaan untuk menggubal akta perubahan iklim dan harap dapat menyumbang kepada negara untuk mencapai negara sifar bersih seawal-awalnya tahun 2050” katanya.

Pelan hala tuju dan tindakan NDCs bersama juga LT-LEDS dijangka akan dimuktamadkan pada suku keempat 2023.

Loading...
Terkini