comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelan Pemulihan Negara 2.0 Dirangka

Pelan Pemulihan Negara 2.0 akan dirangka secara komprehensif dan inklusif untuk memastikan pemulihan seterusnya dan secara menyeluruh, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata satu pasukan kerja akan dibentuk bagi meneliti secara mendalam, tentang sektor mana yang boleh cepat dipulihkan dan sektor mana yang mengambil masa panjang.

“Pelan 2.0 itu penting kerana jika dibiarkan sektor dibiarkan pulih secara semula jadi, ia akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Bila ada pelan 2.0, akan jelas MPN boleh buat untuk membantu sektor besar dan kecil dapat dipulihkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pasukan kerja pelan pemulihan 2.0 juga akan mengemukakan cadangan serta memperhalusi langkah menangani kes COVID-19, jika dikesan meningkat kerana kerajaan telah berjanji tidak akan kembali kepada cara lama iaitu ‘lockdown’ untuk menangani kes COVID-19. — BERNAMA

Loading...
Terkini