SANDAKAN: Seorang pelancong lelaki warga China maut selepas ditimpa dahan pokok di Rainforest Discovery Center (RDC), di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa lelaki berusia 74 tahun bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan keluar dari RDC selepas selesai menjalankan aktiviti mengunjungi pusat pelancongan berkenaan.
Bagaimanapun dahan kayu dari sebatang pokok besar terjatuh lalu terkena kepala mangsa.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Unit Kecemasan HDOK untuk rawatan.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.28 petang tadi.
“Mayat mangsa kini di Unit Forensik HDOK untuk bedah siasat yang akan dijalankan kira-kira 2 petang esok.
“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.