comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelancong wanita Austria cedera di Taman Negara

APM Jerantut bersama kakitangan Perhilitan membawa keluar seorang pelancong asing yang cedera di Taman Negara Kuala Tahan semalam. Foto Ihsan APM

JERANTUT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jerantut bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daerah ini telah berjaya membawa keluar seorang pelancong asing yang mengalami kecederaan di Taman Negara Kuala Tahan pada jam 2.55 petang, semalam.

Pengarah APM Pahang, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata Pasukan Nature Lifeguard APM Kuala Tahan telah menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut.

Katanya, kumpulan pelancong asing itu seramai sembilan orang telah masuk ke kawasan hutan di situ pada jam 9.00 pagi semalam.

“Dalam perjalanan ke Air Terjun Teras untuk melakukan aktiviti di situ, salah seorang pelancong wanita, Marie Louise berusia 26 tahun dari Austria telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan sukar untuk bergerak.

“Anggota APM dan Perhilitan dan dibantu anggota Nature Lifeguard APM telah bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki bot serta berjalan kaki untuk sampai ke tempat kejadian kumpulan pelancong asing itu berada,” katanya melalui hantaran Facebook semalam.

Katanya, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar pelancong tersebut dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini