comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong – Premier Sarawak

Foto: NSTP

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg enggan mengulas berhubung spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

Begitu juga mengulas lanjut isu berkaitan termasuk peletakan jawatan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara, semalam.

Tidak perlu saya komen, kerana itu kuasa Yang di-Pertuan Agong,” itu reaksi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berhubung spekulasi pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baharu.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengulas isu pelantikan Yang di-Pertua Negeri secara terbuka kerana ia kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jadi saya tidak komen lebih daripada itu kerana itu hak mutlak Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Eden Damai Wellness di Damai Lagoon Resort di Santubong, hari ini.

Loading...
Terkini