comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelarasan tarif air baharu minimum di Terengganu dijangka tidak lebih 20 sen setiap meter padu 

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA TERENGGANU: Pelarasan tarif air baharu untuk pengguna domestik di Terengganu dijangka tidak melebihi 20 sen setiap meter padu.

Menurut, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pelarasan tarif air baharu itu dijangka dapat membantu syarikat air untuk menyediakan keperluan yang lebih baik kepada pengguna seperti penggantian paip dan sebagainya.

Jelasnya, kenaikan tarif baharu itu berlaku selepas lebih 20 tahun dan disifatkan paling minimun serta tidak akan membebankan pengguna.

“Ada beberapa negeri ada kenaikkann selepas 10 tahun ada 15 tahun tapi di Terengganu lebih 20 tahun, 23 tahun begitulah, sedikit sebanyak membantu syarikat air untuk menyediakan keperluan yang lebih baik pada pengguna seperti penggantian paip dan sebagainya ia adalah situasi menang-menang untuk syarikat air dan juga kepada pengguna supaya perkhidmatn itu jadi lebih baik”, katanya.

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri  Mokhtar berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik 5A DUN Rhu Rendang di Dewan Majlis Daerah Marang.

Beliau berkata sebanyak 73.8 peratus pengguna domestik yang secara purata menggunakan hingga 40 meter padu air sebulan hanya akan mengalami kenaikan purata antara RM1.80 hingga RM7.16 sebulan mengikut jumlah penggunaan, susulan kenaikan tarif air bermula 1 Februari ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian subsidi dan inisiatif kepada pengguna domestik seperti disarankan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ketika mengumumkan pelarasan tarif air baharu itu, Rabu lalu.

Dalam perkembangan lain pengumuman pelarasan tarif air 2024 bagi pengguna domestik di Terengganu akan diumumkan esok oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn.Bhd, jam 11.00 pagi.

Loading...
Terkini