Tumpuan :
Nasional

Pelawak ditahan di Jeddah kini jalani penjara enam bulan

Foto hiasan 

KUALA LUMPUR: Pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik.

“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja, namun tidak mendedahkan identitinya.

Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada pelawak berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini