Tumpuan :
Nasional

Pelesenan media sosial tetap diteruskan 1 Januari 2025

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Kerajaan akan kekal melaksanakan pelesenan bagi penyedia platform media sosial yang akan mula berkuat kuasa 1 Januari depan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu penting dalam memastikan isu seperti buli siber dan segala perbuatan jenayah dalam talian dapat dibendung.

“Ini antara sebab kenapa kita berpendirian tarikh 1 Januari 2025 untuk pemakaian sistem ataupun rejim pelesenan bagi platform media sosial ini tidak boleh diubah.

“Kalau tak dia akan janji sahajalah (jaminan keselamatan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada Ogos lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta semua penyedia platform media sosial perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, beliau menyatakan kod tatalaku bagi penyedia platform media sosial akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu sebagai rujukan bagi syarikat media sosial untuk memastikan aspek keselamatan dan isu jenayah dapat dibendung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini