comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di kesan di PD

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menerima aduan berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah. – Foto ihsan JAS Negeri Sembilan

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menerima aduan berkaitan pelupusan haram disyaki bahan berbahaya di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Merah, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata aduan itu diterima kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Katanya, satu pasukan pegawai JAS membuat siasatan di lokasi jam 3.15 petang dan mendapati sisa buangan berwarna kehijauan yang berbau seakan `solvent’ di kesan di situ.

“Kawasan kejadian terletak di kawasan ladang kelapa sawit dengan permukaan ‘gradient’ yang berbeza, menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah.

“Namun tiada aliran air di kawasan buangan itu. Dua sampel diambil dalam bentuk cecair untuk dianalisis JAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Veerapan berkata keluasan kawasan dalam anggaran 70’x10′ dan satu pita penghadang juga sudah di pasang di situ bagi mengelak orang awam memasukinya.

Katanya, pegawai JAS juga sudah membuat satu laporan di Balai Polis Tanah Merah bagi memaklumkan penemuan buangan itu selain mendapatkan bantuan untuk pemantauan kawasan.

“Pihak kami juga sedang menyiasat kandungan bahan itu kerana bimbang ia boleh memudaratkan orang ramai terutama penduduk sekitar,” katanya.

Loading...
Terkini