comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemain TVET digalak sokong industri Halal negara

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan pemain industri Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk mengambil peranan mewujudkan ekosistem yang menyokong graduan serta pakar TVET dalam industri Halal.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan wujudnya lebih ramai bakat serta pakar dalam sektor berkenaan, ia akan mengukuhkan lagi peranan negara sebagai peneraju global dalam industri yang kini bernilai lebih RM12.7 trillion di pasaran.

“Adalah sesuatu yang baik jika mereka yang telah keluar daripada Universiti atau graduan TVET yang mengetahui selok belok mengenai pengeluaran sijil halal dapat menyumbang kepakaran mereka.

“Pengetahuan mereka perlu sebagai sumber dalaman dan luaran dan saya juga fikir jika satu ekosistem ahli-ahli profesional dan teknikel daripada TVET dapat diusahakan maka tempoh permohonan sijil halal berkenaa akan lebih cepat dilakukan,” katanya kepada media di Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini, hari ini.

Jelasnya, memasukkan bakat TVET dalam industri Halal juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Halal dunia serta persediaan menjadi hab Halal global.

Untuk rekod, pensijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ketika ini telah dipendekkan kepada 15 hari bekerja, dengan dokumentasi lengkap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini