comscore
Tumpuan :
Nasional

PEMALSUAN COP | 10 Pegawai Imigresen Johor, 3 Orang Awam Bakal Direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa 10 pegawai Jabatan imigresen Johor bersama tiga orang awam ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu kes pemalsuan cop sempadan.

Mereka sebahagian daripada 43 individu yang ditahan dipercayai melakukan pemalsuan cop berkenaan bagi warga asing walaupun pemilik dokumen tidak keluar dari negara ini.

Tangkapan dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor melibatkan 10 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Manakala 30 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Tiga orang awam dipercayai bertindak sebagai orang tengah ditahan di Johor Bahru.

Loading...
Terkini