comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu bukan bawah pengaruh dadah atau alkohol – Polis

FOTO: Ihsan PDRM

Oleh Zainur Khairul Zainurin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berhubung kes dua pejalan kaki maut dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan di Jalan Raja Laut, di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata siasatan sedang dijalankan sama ada pemandu Perodua Myvi tersebut memandu melebihi had laju sehingga merempuh empat pejalan kaki dan menyebabkan dua daripadanya maut.

Tambahnya, kedua-dua pemandu tidak berada dibawah pengaruh dadah ataupun alkohol.

Namun, seorang pemandu tidak mempunyai lesen dan akan diambil tindakan jika didapati bersalah.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi melanggar Proton Wira yang mengubah haluan sebelum hilang kawalan.

“Keadaan mangsa lelaki yang cedera masih berada di zon kuning manakala mangsa perempuan telah keluar hospital,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Loading...
Terkini