comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu cedera kereta terjunam dari tingkat dua parkir

SHAH ALAM: Seorang lelaki nyaris maut, setelah kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat dua sebuah bangunan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.00 malam tadi, pemandu berusia 40 tahun itu dilaporkan cedera.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 malam tentang kejadian di parkir menara di Persiaran Setia Dagang Setia Alam, Shah Alam.

“Sampai dilokasi didapati sebuah kereta jenis BMW yang dipandu seorang lelaki dewasa telah terjatuh dari tingkat 2 bangunan tersebut.

“Bagaimanapun mangsa telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Klang oleh orang awam sebelum pihak Bomba sampai,” kata kenyataan itu.

Mangsa telah dikeluarkan dari dalam kereta yang terbalik oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan.

Loading...
Terkini