comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu diserang sawan maut, enam ahli keluarga cedera ringan

BATU PAHAT: Seorang pemandu Alphard maut manakala 6 lagi ahli keluarganya termasuk seorang bayi cedera selepas kenderaan yang dipandunya  terbabas dan terbalik di bahu jalan, di kilometer 112.6 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Yong Peng, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 8.55 malam.

Ketua polis daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata,siasatan awal mendapati kemalangan berlaku Selepas pemandu yang berumur 40 tahun tiba-tiba diserang sawan ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands, Pahang ke Endau, di Mersing.

Mangsa yang berasal dari Endau disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Manakala enam ahli keluarga termasuk isterinya yang berumur 31 tahun, ibu mertua  55, 3 orang anaknya masing-masing berumur 14 tahun, 10 tahun , 6 tahun serta seorang bayi berusia 7 bulan hanya cedera ringan.

Semua mangsa dihantar ke  Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat  di bawah Sek 41(1) APJ 1987.

Polis  masih menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini