comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu e-hailing hina agama, negara depan pelancong sedang disiasat polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing yang mana videonya diviralkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis sudah menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, Johor Bahru, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Tiktok ‘Samisma_News & AATV Rakyat News’ memaparkan seorang pemandu e-hailing didakwa menghina agama Islam serta memburukkan Malaysia kerana tidak berpuas hati kerana negara ini mengharamkan arak dan bermain judi, ketika berbual dengan pelancong yang menggunakan perkhidmatannya.

“Hasil siasatan mendapati video terbabit dimuat naik kira-kira 7 malam semalam dengan mengeluarkan kenyataan sensitif.

“Semakan akan dibuat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan butiran pemilik akaun dan mengenalpasti pemandu e-hailing,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini