comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes pukul pemandu e-hailing selesai cara baik – Polis

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang mendakwa diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pengadu juga menerusi laporan yang dibuatnya jam 9.59 malam tadi tidak mahu memanjangkan kes.

Terdahulu pengadu telah membuat laporan polis pertamanya pada pukul 1 tengah hari semalam.

Jelas Rusdi dalam kenyataan yang dikeluarkan, kejadian tersebut berlaku dipercayai salah faham berkaitan arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Sehubungan dengan itu, tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini