comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu halang laluan ambulans dicari

FOTO: Tular

AMPANG JAYA: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian.

“Bagaimanapun pemilik atau pemandu kereta akan dikesan untuk tindakan lanjut,”katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Walaupun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pelaku yang dirakam memandu laju di lorong kanan enggan memberi laluan kepada kenderaan berkenaan.

Loading...
Terkini