comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu jengkaut maut dihempap batu 10 tan

IPOH: Seorang pekerja kuari maut apabila  jengkaut dikendalikannya,   dihempap batu seberat 10 tan, di Simpang Pulai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, bongkah batu  itu jatuh dari ketinggian 25 meter dan menghempap kokpit menyebabkan mangsa tersepit dalam jentera berat itu.

Kejadian antara jam 12 hingga 1 tengah hari itu dipercayai berlaku ketika mangsa menjalankan kerja pembersihan batu dalam kawasan kuari.

Seorang pemandu jengkaut di Simpang Pulai, Ipoh maut akibat tersepit apabila jengkaut dikendalikannya dihempap batu 10 tan semalam.- FOTO IHSAN POLIS

Katanya, maklumat kejadian diterima daripada orang awam jam 4 petang.

“Mangsa didapati tersepit dalam kokpit jentera berat itu sebelum dibawa keluar oleh pasukan bomba kira-kira jam 6.45 petang tadi.

“Kematian mangsa disahkan oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Loading...
Terkini