comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu, jururawat parah ambulans langgar lori di parkir tepi jalan

BETONG: Pemandu ambulans dan seorang jururawat parah selepas ambulans dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang di parkir di tepi jalan.

Nahas berlaku di Jalan Memaloi, Skrang di sini, kira-kira jam 4.20 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Bomba meneriman pangilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 4.24 pagi lalu mengarahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, Komander operasi melapor kemalangan melibatkan sebuah van ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.

“Terdapat dua orang mangsa cedera parah iaitu kakitangan KKM, seorang lelaki dewasa (pemandu) dan seorang perempuan dewasa (penumpang),”katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa bangaimanapun telah di keluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasusan bomba di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa pertama iaitu pemandu ambulans berkenaan dikejarkan ke Hospital Sri Aman manakala mangsa kedua, jururawat wanita di bawa ke hospital Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Anggota membuat pembersihan di lokasi kejadian bagi memastikan selamat sebelum bertolak balik ke balai,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini