Tumpuan :
Nasional

Pemandu, Kelindan lori kargo maut rempuh lori treler diparkir tepi jalan

Oleh Kadir Edison

MIRI: Dua lelaki maut selepas lori kargo yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori treler yang sedang parkir di tepi jalan dekat Sekaloh, Jalan Pan Borneo Bintulu – Miri berhampiran ladang tiga, Suai di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian terbabit, pemandu lori berkenaan Bonaventure Jimmat,31 serta kelindannya, Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata,pihaknya menerima pangilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.37 pagi tadi.

Lima anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah untuk dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 28 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan Kemalangan melibatkan sebuah lori kargo dan sebuah lori treler di mana lori kargo tersebut telah merempuh bahagian belakang lori treler yang diparkir di bahu jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan dua orang mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota Bomba mengambil masa kira-kira dua jam mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan lori berkenaan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, kedua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecerderaan parah oleh pasukan Perubatan Kemeterian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi terbabit.

Mayat mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi tadi.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini