comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu kereta memecut laju ke arah Kampung Bunohan – KPDN

TUMPAT: Gara-gara ingin mengelak daripada dicekup pihak berkuasa, kenderaan dipandu penyeludup dengan muatan petrol melanggar sebatang pokok.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata dalam kejadian jam 5.50 petang semalam, sepasukan anggota KPDN mahu membuat pemeriksaan terhadap kereta itu yang sedang parkir di Kampung Pak Keral di sini.

Ini selepas mengesan kenderaan itu membawa muatan petrol yang diisi dalam tong plastik untuk dibawa ke Thailand.

“Semasa pemeriksaan mahu dilakukan pasukan kami, secara tiba-tiba pemandu kereta itu memecut laju ke arah Kampung Bunohan.

“Pasukan kami terus mengejarnya sejauh tujuh kilometer (km) dan sebaik melalui kawasan sawah padi, kenderaan itu hilang kawalan seterusnya melanggar sebatang pokok.

“Bagaimanapun, suspek melarikan diri ke arah sawah padi dan gagal dikesan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azman berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui sejumlah tong plastik mengandungi 550 liter petrol di tempat duduk penumpang dan bahagian belakang yaang dianggarkan bernilai RM1,127.50.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini