Oleh: Kumaran Rajamoney
TAIPING: Seorang lelaki dipercayai patah kaki dalam satu kemalangan di Jalan Besar Permai Lestari, dekat Selama di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam lapan pagi membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah van kilang.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala pemandu van kilang mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan orang awam.
Konsep SAVER katanya diaplikasikan dan kerja mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.