comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu lori didakwa bunuh kekasih Thailand

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh teman wanita warga Thailand, minggu lalu.

Nathan Vijaykumar, 37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh wanita warga Thailand berusia 32 tahun di sebuah kondominium di Setia Alam, pada jam 10.20 malam, 28 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 7 Jun untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Pada 28 Februari lalu, Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menahan seorang lelaki kerana disyaki membunuh kekasihnya dengan menolak mangsa sehingga jatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini