comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu lori maut dalam nahas 4 kenderaan 

 

HULU SELANGOR: Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 406.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala arah selatan, di sini, hari ini, seorang lelaki maut.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, laporan kejadian diterima pihaknya jam 6.40 petang tadi.

Justeru sepasukan 14 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dengan bantuan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu lori Nissan UD, Proton X70, Proton X50 dan Ford Ranger.

“Terdapat dua mangsa iaitu wanita berusia 34 tahun yang tidak cedera manakala mangsa lelaki berusia 32 tersepit di tempat duduk pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa yang lain selamat dan berjaya keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Beliau berkata, pemandu lori Nissan UD bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Loading...
Terkini