comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu lori maut langgar jengkaut

 

PETALING JAYA: Pemandu lori maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah jengkaut dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aeroangkasa 3, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.13 pagi, semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa yang juga warga asing berusia 39 tahun sedang melakukan kerja mengambil tanah di tapak pembinaan berkenaan.

“Bagaimanapun, tayar lori dipandu mangsa terbenam ke dalam selut tanah. Rakan sekerjanya (saksi) membantu mengeluarkan lori dipandu mangsa dengan membawa jengkaut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, semasa proses mengeluarkan mangsa, dia menekan pedal minyak menyebabkan lori terbabit tergelongsor ke hadapan dan melanggar jengkaut berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh (HSB) di lokasi kejadian.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Wan Ahmad Izhanzaki di talian 014-5296880 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini