comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu maut selepas lori sawit terbabas dan terbalik di bahu jalan

Foto ihsan PDRM Kluang

KLUANG: Seorang pemandu lori sawit maut selepas lori yang dipandunya hilang kawalan dan terbalik, di kilometer 71, jalan Batu Pahat – Mersing, tengahari tadi.

Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Abdul Rashid Mohd Abdul Kadir cedera parah dikepala disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua polis daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.01 tengahari.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berumur 66 tahun memandu lori sendirian dari Mersing ke Kluang telah hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian”.

Foto ihsan PDRM Kluang

“Akibatnya, lori berkenaan terbalik di bahu jalan dan mangsa mengalami cedera serius di kepala dan disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kemalangan” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Eche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini