comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Pemandu maut, treler terbabas dan terbalik langgar pembahagi jalan

PETALING JAYA: Seorang pemandu maut selepas lori treler dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan bahagian tengah lebuh raya sebelum terbalik awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di Kilometer 448.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berdekatan Rawang.

Penolong Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 pagi.

Sebuah jentera bomba bersama van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, mangsa didapati tersepit di bahagian bawah lori dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca sebenar nahas masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini