comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu Nissan GTR maut, kereta dipandu terbabas

ISKANDAR PUTERI: Pemandu kereta Nissan GTR maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan dalam kejadian yang berlaku jam 4 pagi itu, turut mencederakan penumpang kenderaan terbabit.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) daerah Iskandar Puteri menerima maklumat berkaitan kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan terbabas sendiri.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta terbabit yang dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun, yang datang dari arah Puteri Harbour menuju ke Gelang Patah.

“Mangsa hilang kawalan lalu terbabas sendiri di bulatan Kampung sungai Melayu dan mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki. Mangsa maut di lokasi kejadian.

“Manakala penumpang lelaki tempatan berusia 36 tahun mengalami luka ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah sesyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini