comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu teksi, bas sekolah nikmati caruman Perkeso bermula Mac – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

PUTRAJAYA: Bermula bulan depan, semua pemandu teksi, bas sekolah dan rakan-rakan mereka daripada sistem pengangkutan lain bakal menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Mengikut anggaran, untuk pemandu teksi dan pemandu bas sekolah yang terlibat jumlahnya adalah 35,000 orang dan 18,000 orang.

Menurut Loke, 90 peratus caruman itu akan dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Kewangan manakala baki 10 peratus dibayar oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) dan adalah bagi tempoh setahun.

“Kita difahamkan Kementerian Kewangan ada memberikan satu dana kepada Perkeso sebanyak RM100 juta untuk mencarum sehingga 90 peratus bagi pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan sebagainya.”

Pemandu teksi. – Foto hiasan

“Walaupun 90 peratus, tetapi 10 peratus perlu dicarum sendiri oleh pemandu sendiri, jadi untuk golongan ini, kita akan membuat caruman tambahan 10 peratus itu,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas Majlis Sua Kasih MADANI Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Menurut Loke, usaha berkenaan adalah untuk memberi perlindungan sosial kepada mereka iaitu sekiranya berlaku kemalangan, caruman itu akan membantu mereka dan keluarga.

Mengulas lanjut, Loke berkata beliau sudah berbincang dengan Perkeso berhubung pelaksanaan insiatif terbabit selain meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyerahkan senarai pemandu dalam pangkalan data mereka kepada Perkeso untuk disemak silang.

“Kita jangka Mac ini dapat lancarkan inisiatif ini, maksudnya pemandu teksi dan pemandu bas sekolah tidak perlu mencarum satu sen pun untuk setahun, mereka cuma perlu daftar nama mereka.

“Jika sudah daftar sebelum itu, kita akan bagi slip caruman mereka,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini