comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu tersepit, lori langgar tiang elektrik selepas kemalangan 

Anggota BBP Sik mengeluarkan pemandu lori syarikat kurier yang terbabit dalam kemalangan di simpang tiga lampu isyarat Batu 5.- Foto Bomba

SIK: Pasukan bomba menghadapi kesukaran ketika cuba mengeluarkan pemandu sebuah lori syarikat kurier yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux, di simpang tiga lampu isyarat Batu 5, hari ini apabila berlaku percikan api ketika operasi sedang dilakukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kemalangan jam 7.45 pagi.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah lori syarikat kurier jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 27 tahun dipercayai melanggar belakang Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 30-an.

“Kesan pelanggaran itu, Toyota Hilux itu terperosok dalam longkang namun pemandunya dapat keluar sendiri dan dihantar ke Hospital Sik oleh ambulans.

“Bagaimanapun pemandu syarikat kurier itu dipercayai terus bergerak meluncur laju sebelum melanggar tiang elektrik di persimpangan jalan menyebabkan pemandunya tersepit.

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan berhati-hati dan mengalami kesukaran disebabkan aliran elektrik sehingga mengeluarkan percikan api,” katanya dihubungi hari ini.

Mangsa yang cedera parah di kaki dan paha dihantar ke Hospital menggunakan EMRS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini