comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu treler maut nahas

Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 371.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi.
Foto: JBPM

SLIM RIVER: Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 371.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan , malam tadi.

Mangsa Mohd Nor Afzam, 36, dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian kira jam 11 malam tadi.

Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kajang, Selangor.

”Tiba di lokasi kejadian dipercayai mangsa membrek mengejut kerana terdapat sebuah kenderaan lain di hadapan.

“Akibat kejadian itu, treler yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini